Penerapan Konsep Malaysia MADANI dalam Dasar Awam: Membudayakan Harmoni dalam Kepelbagaian

DOI: https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.4.3
2023-12-01
International Journal of Advanced Research in Education and Society
Abstract:Konsep Malaysia MADANI mempunyai enam teras yang utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Malaysia MADANI merupakan satu usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang pada masa kini merupakan Perdana Menteri Malaysia ke Sepuluh. Konsep ini merupakan salah satu usaha yang dipraktikkan terhadap segala dasar di Malaysia agar dapat menyeimbangkan nilai kemanusiaan agar sentiasa diterapkan melalui konsep perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh rakyat mahupun pemimpin negara. Menggunakan enam teras MADANI ia akan membentuk satu kerangka dasar dan falsafah yang saling berkaitan di mana setiap teras tersebut mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Konsep Malaysia MADANI ini berteraskan pada prinsip persiapan untuk menerima sebarang perubahan, sambil mempertimbangkan pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat dengan menjalankan visi dan kerangka dasar reformasi demi kemajuan dan kejayaan Malaysia untuk mengembalikan gelaran Harimau Asia.
What problem does this paper attempt to address?