Isu Perundangan Berhubungan dengan Reman di Malaysia

Surendran Arunagiri,Ramalinggam Rajamanickam,Ifa Sirrhu Samsudin,Mohd Zamre Mohd Zahir
DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1984
2022-11-30
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Abstract:Secara umumnya, perintah reman merupakan antara proses yang penting dalam sistem pentadbiran keadilan jenayah di Malaysia. Perintah reman digunakan sekiranya terdapat alasan yang kukuh bahawa penyiasatan tidak dapat dilengkapkan oleh pihak berkuasa dalam tempoh dua puluh empat jam. Namun begitu, perintah reman sering kali disalahgunakan oleh pihak berkuasa bagi motif yang berlainan tanpa mengambil kira tujuan asal perintah reman diberikan. Oleh itu, suspek yang berada dalam tahanan polis sering kali terdedah kepada pelbagai ancaman dan seksaan pihak berkuasa, seperti pemukulan yang merupakan pelanggaran hak asasi manusia yang serius. Sehubungan dengan itu, artikel bertujuan untuk mengupas takrifan reman dari pelbagai perspektif. Selain itu, artikel ini akan menilai peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan reman di bawah Kanun Tatacara Jenayah di Malaysia. Selanjutnya, artikel ini akan memfokuskan perbincangan kepada isu-isu yang timbul akibat penyalahgunaan tatacara reman di bawah undang-undang di Malaysia. Kes-kes yang relevan berkaitan dengan penahanan reman juga akan dikupas dalam artikel ini. Oleh itu, artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif yang bersifat perundangan tulen. Berdasarkan analisis kes-kes yang berkaitan dengan reman, dapat dilihat bahawa terdapat kelemahan dalam undang-undang berhubungan dengan reman di Malaysia, terutamanya dari segi tempoh penahanan seseorang suspek. Undang-undang berkaitan dengan reman di Malaysia juga tidak komprehensif kerana tidak mengambil kira isu-isu terkini, seperti reman berantai. Oleh hal yang demikian, kekangan dan kelemahan dalam undang-undang reman di Malaysia haruslah diatasi secepat mungkin bagi mengelakkan penyalahgunaan proses reman dan penganiyaan yang berterusan terhadap seseorang suspek.
What problem does this paper attempt to address?