Faktor yang mempengaruhi Pengurusan Risiko Keselamatan di Makmal: Kajian Kepustakaan Sistematik

Zuraida Kamaruddin,Zaidi Isa,Saiful Hafizah Jamaan@Sharman
DOI: https://doi.org/10.17576/jsm-2024-5308-06
2024-08-24
Sains Malaysiana
Abstract:Pengurusan risiko keselamatan merupakan aspek kritikal dalam makmal kejuruteraan disebabkan oleh uji kaji yang kompleks dan kemunculan teknologi terkini yang meningkatkan risiko kemungkinan berlakunya kemalangan. Kajian kepustakaan sistematik ini melibatkan 23 artikel yang mematuhi garis panduan PRISMA dan mengkategorikan faktor yang mempengaruhi protokol keselamatan. Kajian ini memfokuskan kepada persoalan kajian iaitu apakah faktor utama yang mempengaruhi amalan pengurusan risiko keselamatan di makmal kejuruteraan dan bagaimanakah faktor ini mempengaruhi persekitaran keselamatan di makmal? Melalui penyelidikan ini, faktor penyumbang telah dikenal pasti dan dikelaskan ke dalam lima tema utama: 1) Protokol Pengurusan Risiko, 2) Faktor Organisasi, 3) Faktor Fizikal dan Persekitaran, 4) Faktor Luar dan Kontekstual dan 5) Hala Tuju Inovatif Baharu. Bidang ini mempengaruhi tindakan keselamatan dengan cara yang kompleks. Hasil kajian ini memaparkan protokol keselamatan yang berkesan, integriti organisasi, pematuhan peraturan dan strategi keselamatan yang inovatif. Pemahaman yang lebih mendalam ini meningkatkan langkah keselamatan, mengurangkan kemalangan, memacu budaya mengutamakan keselamatan dan menjamin pematuhan keselamatan. Kajian ini secara signifikan menyumbang kepada pengetahuan saintifik tentang pengurusan risiko keselamatan di makmal kejuruteraan, menangani keperluan kritikal untuk melindungi kesejahteraan manusia dan alam sekitar.
multidisciplinary sciences
What problem does this paper attempt to address?