Mitigasi Nigella sativa dan Moringa oleifera Terhadap Fragmentasi DNA Sperma Melalui Aktiviti Antioksidan pada Tikus Aruhan-Obesiti

Iman Emir Mohamad Arrif Emir
DOI: https://doi.org/10.17576/jsm-2024-5311-06
2024-11-29
Sains Malaysiana
Abstract:Obesiti telah menjadi kebimbangan kesihatan global dan kesannya terhadap kesihatan reproduktif terutamanya pada lelaki telah mendapat perhatian. Kajian ini menggunakan tikus jantan aruhan-obesiti sebagai haiwan model untuk mengkaji potensi terapeutik Nigella sativa (NS) dan Moringa oleifera (MO) dalam menangani isu ketidaksuburan berkaitan dengan obesiti. Kajian ini memberi tumpuan kepada sifat antioksidan N. sativa dan M. oleifera dan potensinya untuk mengurangkan tekanan oksidatif dan fragmentasi DNA sperma dengan kedua-duanya menjadi punca utama kepada masalah ketidaksuburan jantan yang disebabkan oleh obesiti. Kajian ini menggunakan 36 ekor tikus jantan Sprague Dawley yang dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang setiapnya terdiri daripada enam ekor tikus. Kumpulan kawalan dibahagikan pula kepada tiga subkumpulan iaitu kumpulan normal, negatif (tikus teraruh obesiti tanpa rawatan) dan positif (tikus teraruh obesiti yang diberi 10 mg/kg/hari orlistat). Kumpulan rawatan dibahagikan kepada tiga subkumpulan iaitu kumpulan NS200 (200 mg/kg/hari), MO400 (400 mg/kg/hari) dan MO400+NS200 (MO (400 mg/kg/hari) + NS (200 mg/kg/hari)) selama 40 hari tempoh rawatan. Semua tikus kajian kecuali kumpulan normal teraruh obesiti dengan diberi diet tinggi lemak (HFD) sehingga mencapai nilai indeks Lee melebihi 310 sebelum diberi rawatan. Keputusan menunjukkan peningkatan aktiviti khusus enzim SOD yang signifikan (p<0.05), pengurangan signifikan dalam penanda tekanan oksidatif (MDA) (p<0.05) dan pengurangan peratusan fragmentasi DNA sperma yang signifikan (p<0.05) pada tikus yang masing-masing dirawat dengan herba NS, MO dan MO+NS berbanding dengan tikus kawalan negatif. Keputusan ini memberikan maklumat penting tentang mekanisme tindakan antioksidan herba NS dan MO yang berupaya memberi kesan perlindungan terhadap kesihatan reproduktif jantan dalam konteks obesiti.
multidisciplinary sciences
What problem does this paper attempt to address?