Penilaian Instrumen Pengukuran Strategi Pengurusan Bakat (MyBakat) menggunakan Analisis Model Rasch

Mohammad Fairuz Bin Mohd Nasir,Nur Riza Binti Mohd Suradi,Wan Rosmanira Binti Ismail
DOI: https://doi.org/10.17576/jsm-2024-5310-24
2024-10-30
Sains Malaysiana
Abstract:Suatu kajian telah dilaksanakan bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Pengukuran Strategi Pengurusan Bakat (MyBakat) dalam sektor awam di Malaysia menggunakan kaedah analisis model Rasch. Kajian ini melibatkan 100 responden yang terdiri daripada pegawai awam persekutuan daripada kategori Pengurusan dan Profesional Gred 41 sehingga Gred 54. Indeks kesahan kandungan adalah 1.00 yang menunjukkan instrumen ini sesuai digunakan. Seterusnya, sepuluh jenis pengukuran analisis model Rasch telah digunakan untuk menilai instrumen MyBakat. Analisis individu menunjukkan sejumlah 42 responden digugurkan dan hanya 58 responden sahaja yang diterima dan dianalisis bersama 25 item dalam MyBakat. Manakala, analisis item pula menunjukkan dua item digugurkan iaitu item Q5 bagi konstruk Pemerolehan Bakat dan Q24 bagi konstruk Pengekalan Bakat. Hasil kajian mencadangkan instrumen MyBakat dengan 23 item sebagai instrumen yang jitu, sah dan boleh dipercayai bagi mengukur strategi pengurusan bakat dalam sektor awam.
multidisciplinary sciences
What problem does this paper attempt to address?