Pemalsuan Dokumen dan Kedudukannya dalam Perundangan Syariah di Malaysia
Mohamad Aniq Aiman Alias
DOI: https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.142
2023-06-26
Journal of Management and Muamalah
Abstract:Dokumen merupakan salah satu bentuk kaedah pembuktian terpenting yang digunakan di Mahkamah Syariah mahupun di Mahkamah Sivil. Ini kerana, dokumen telah digunakan secara meluas dalam pelbagai urusan harian manusia seperti muamalat, pernikahan dan sebagainya dan ia dijadikan sebagai bukti terhadap urusan yang telah dijalankan. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna dokumen tersebut akan terlepas daripada unsur penipuan dan pemalsuan yang akhirnya akan menguntungkan pihak pesalah dan memberi kemudaratan kepada mangsa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep keterangan secara dokumentar dan pemalsuannya menurut perspektif perundangan Islam. Penyelidik juga telah membincangkan bentuk umum pemalsuan dokumen yang kebiasaannya berlaku menurut perundangan Islam dan menganalisis peruntukan berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan pendekatan secara kualitatif iaitu menggunakan kaedah analisis dokumen seperti Al-Quran, hadis, peruntukan, jurnal, artikel, tesis, buku, kertas kerja dan rujukan dokumen yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan, pemalsuan dokumen adalah salah satu bentuk cabaran yang akan dihadapi ketika mengemukakan keterangan dokumentar di Mahkamah. Di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, tiada peruntukan khusus bagi kesalahan pemalsuan secara umum, sebaliknya, ia disabitkan di bawah kesalahan menghina Mahkamah sahaja. Kajian ini juga mencadangkan agar Mahkamah Syariah Malaysia perlulah melihat amalan dan praktis daripada pengamal undang-undang Sivil ketika mengendalikan kes-kes berkaitan pemalsuan dokumen dan menganalisis peruntukan yang ditetapkan di bawahnya. Documents are one of the most important forms of evidence used in the Syariah and Civil Court. This is because documents have been widely used in various daily human affairs such as muamalat, marriage and other, and they function as evidence of the affairs conducted. However, this does not mean that document will be free from fraud and forgery, benefiting the offender and harming the victim. Therefore, this study aims to clarify the concept of documentary evidence and its falsification according to the perspective of Islamic law. Researchers have also discussed the common forms of document forgery that usually occur according to Islamic law and analysed the provisions related to the offence of document forgery under the jurisdiction of the Malaysian Syariah Court. In this study, the researcher has used a qualitative approach to use the method of document analysis such as the Quran, hadiths, provisions, journals, articles, theses, books, working papers and related document references. The results of the study show that falsification of documents is one of the challenges that will be faced when presenting documentary evidence in Court. Under the jurisdiction of the Syariah Court, there is no specific provision for the offence of forgery in general; on the contrary, it is convicted under the offence of contempt of Court only. This study suggests that the Malaysian Syariah Court needs to look at the practices and practices of Civil law practitioners when handling cases related to the forgery of documents and analyse the provisions stipulated under it.