Pengenalpastian dan Pencirian Lokus Jenis Pengawanan (MAT) yang Mengawal Proses Pengawanan Seksual Kulat Patogen Kelapa Sawit Ganoderma boninense

Anis Farhan Fatimi Ab Wahab,Izwan Bharudin,Sharmilah Vetaryan,Farah Diba Abu Bakar,Abdul Munir Abdul Murad
DOI: https://doi.org/10.17576/jsm-2024-5311-03
2024-11-29
Sains Malaysiana
Abstract:Ganoderma boninense merupakan kulat patogen utama penyebab penyakit reput pangkal batang (BSR) terhadap tanaman kelapa sawit. Sepanjang kitar hidupnya, kulat ini menghasilkan dua jenis miselium iaitu miselium monokarion dan miselium dwikarion. Walau bagaimanapun, hanya miselium dwikarion (miselium sekunder) sahaja yang berkeupayaan untuk menjangkiti pokok kelapa sawit. Miselium dwikarion terbentuk apabila dua miselium monokarion yang membawa lokus jenis pengawanan berbeza, bertemu, melakur dan seterusnya mengawan untuk membentuk miselium dwikarion. Sehingga kini, masih tiada penelitian dilakukan terhadap gen jenis pengawanan yang terdapat pada lokus jenis pengawanan kulat ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gen jenis pengawanan kulat G. boninensemenggunakan kaedah perlombongan data genom G. boninenseG3 yang terdapat pada pangkalan NCBI dan mencirikan gen tersebut secara in-silico. Berdasarkan analisis yang dilakukan, dua lokus jenis pengawanan, iaitu lokus jenis pengawanan A (matA) yang menempatkan gen mengekod faktor transkripsi homeodomain 1 (HD1) dan homeodomain 2 (HD2), dan lokus jenis pengawanan B (matB) yang menempatkan lapan gen ste3 yang mengekod protein reseptor feromon dan lima gen phr yang mengekod protein pelopor feromon pengawanan telah berjaya dikenal pasti masing-masing terletak pada LG-2 dan LG-7. Kebanyakan gen jenis pengawanan ini menunjukkan variasi jujukan yang tinggi dengan gen jenis pengawanan daripada Ganoderma sp. yang lain. Kesimpulannya, kehadiran dua lokus jenis pengawanan dalam genom G. boninenseini telah mengesahkan secara molekul bahawa pengawanan seksual kulat ini dikawal oleh sistem pengawanan jenis tetrakutub.
multidisciplinary sciences
What problem does this paper attempt to address?