PANDANGAN STREET LEVEL BUREAUCRAT TENTANG PENGGUNAAN BUDI BICARA DALAM PENYALURAN KHIDMAT KEPADA REMAJA

,NOOR AZIZAH AHMAD
DOI: https://doi.org/10.56390/apjys2024.21.3
2019-12-30
Abstract:ABSTRAK Artikel ini menggunapakai rangka kerja Street-level Bureaucrats (SLB) yang dikemukakan oleh Michael Lipsky (1980) untuk meneliti tentang penggunaan budi bicara dalam penyaluran khidmat kepada kanak-kanak dan remaja. SLB adalah merujuk kepada pekerja barisan hadapan yang memainkan peranan penting melaksanakan peruntukan polisi bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Namun, dalam melaksanakan tugas sering kali SLB tidak mampu mengikut sepenuhnya peraturan dan prosedur yang ditetapkan memandangkan wujudnya kepelbagaian dari segi klien dan situasi kes. Berdasarkan kepada rangka kerja yang dikemukakan Lipsky ini, SLB perlu menggunakan budi bicara bagi membolehkan perkhidmatan yang sesuai dan sebaik mungkin dapat diberikan kepada remaja. Bagi meneliti situasi ini di Malaysia, satu kajian telah dilakukan dalam kalangan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat di kawasan Utara Semenanjung. Sebelas orang Pengawai Akhlak dan Pelindung telah ditemubual untuk meneliti kenapa dan bagaimana mereka menggunakan budi bicara dalam menyalurkan khidmat kepada remaja. Analisis temubual tersebut telah menghasilkan tema-tema yang diperincikan dalam artikel ini bagi menjawab persoalan tersebut merangkumi (i) kekangan masa, (ii) kepelbagaian dan bebanan kerja, (iii) demi kepentingan terbaik remaja dan (iv) occupational wisdom. Kata Kunci: Street-level Bureaucrats (SLB), budi bicara, remaja, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
What problem does this paper attempt to address?