Peningkatan Pertumbuhan dan Pengumpulan Lipid dalam Biojisim Coelastrellasp. (UKM4) Semasa Fikoremediasi Air Larut Resapan

Mohamad Faisal Ni Aznan,Nazlina Haiza Mohd Yasin,Vikesh Varma Anathan
DOI: https://doi.org/10.17576/jsm-2024-5309-09
2024-09-26
Sains Malaysiana
Abstract:Mikroalga berpotensi dalam merawat air lesap dan bioijisimnya mampu menghasilkan kandungan lipid yang boleh digunakan untuk menghasilkan biodiesel. Namun, pertumbuhan mikroalga dalam media kompleks seperti air larut resap adalah aspek yang penting untuk dikaji supaya proses ini dapat dikomersialkan. Justeru, kajian ini merangkumi dua objektif iaitu untuk mengkaji model matematik yang sesuai bagi kinetik pertumbuhan Coelastrella sp. (UKM4) dalam air larut lesap dan meneroka potensi mikroalga dalam penyingkiran nutrien serta penghasilan lipid sewaktu fikoremediasi air larut lesap. Dalam kajian ini, air larutlesap yang tinggi dengan kandungan nitrogen dan fosforus digunakan untuk pertumbuhan mikroalga Coelastrella sp. (UKM4). Penilaian model matematik yang terbaik terhadap pertumbuhan Coelastrella sp. (UKM4) yang dikultur dalam air larut lesap dianalisis dengan menggunakan tiga model (Logistik, Logistik terubah suai dan Gompertz terubah suai). Hasil menunjukkan model yang terbaik bagi pertumbuhan Coelastrella sp. (UKM4) adalah model Gompertz terubah suai berdasarkan lengkung suaian yang menghampiri model dengan sisihan piawai yang kecil. Dalam tempoh 15 hari, Coelastrella sp. (UKM4) mampu menurunkan 100% nutrien dalam air larut lesap serta mengumpul kandungan jasad lipid yang tinggi dalam biojisim mikroalga. Kesimpulannya, air larut lesap yang kaya dengan kandungan nutrien merupakan media pengkulturan yang sesuai untuk pertumbuhan Coelastrella sp. (UKM4). Selain itu, penghasilan lipid yang tinggi juga berupaya menjadikan proses fikoremediasi ini lebih mampan.
multidisciplinary sciences
What problem does this paper attempt to address?